Assalamualaikum wbt,
Hye.. slamat tgh hari.. hari ini nothing important tuk dilakukan selain pergi dan balik kerja.. insyaAllah :).. tugas saya akan selesai dalam 2 bulan.. insyaAllah juga dalam 2 bulan ini, saya akan berubah menjadi suatu yang lebih baik dari diri saya yang sebelumnya.
Hari ini saya jelas dan sedar akan apakah kelemahan diri saya yang awak tak sukakan.. Lama jugak tuk saya ambil masa, tapi akhirnya saya sedar.. Saya terlalu lemah berbanding awak.. Kehidupan awak lebih tersusun jika dibandingkan dengan saya. Saya bergantung 80% pada awk, baki 20% pada Allah (jujur). Tetapi awak lain. 100% hidup awak dibahagikan kepada mereka yang setia pada awak, Allah dan kedua ibu bapa awak. Itulah silap saya, don't get me wrong. Saya bukan katakan awak bukan setia. Maksud saya ialah selama ini saya terlalu bergantung bukan pada haknya. Saya bergantung pada suatu yang belum pasti milik saya #apa yang saya mengarut nie?
Ermm.. waima terlambat sekalipun utk saya berubah, terlambat sedar sebelum awk pergi.. Saya masih belum terlambat utk kembali pada jalanNya. Disini bukannya niat saya utk berubah sehingga ketaraf alim dan ulama. Ya, itulah niat yang paling tinggi boleh kita impikan sebagai manusia, tetapi disini saya tidaklah bermaksud hingga ke taraf tersebut. Cukuplah sekadar saya menjadi insan yang hidupnya bergantung majoritinya kepada Allah.
Mulai hari ini, saya tidak akan tunggu sesuatu yang belum pasti. Saya akan kejar dan mengejar cita2x dahulu saya. Bukannya disini maksudnya saya tidak lagi menyayangi awak. Jujur perasaan saya tidak pernah pudar pada awak. Saya cuma mahu mengubah diri saya supaya menjadi lelaki yang saya doakan dapat menjaga awak. Seorang lelaki yang lebih berdikari, lebih teratur dan tegas. Bukannya terlalu lembut dalam membuat keputusan. Kini saya tahu apakah maksud awak yang dahulu. Kini saya sedar ^__^.. InsyaAllah, dengan kehendak Allah, saya akan lebih buka mata memandang segala yang positif di dunia ini. Tidak lagi terlalu negatif. InsyaAllah.. Saya akan sentiasa mendoakan agar awak juga sentiasa positif dalam segala hal.. Saya akan lebih berani.
Btw, tahniah awak ^___^.. Jaga diri selalu.. Tak saya lupakan segala jasa awak pada saya. Thanks for looking up for me in those days. Thank you very much. Senyum selalu.. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment
Just leave the comment in the box below